Jumlah Pelawat Sejak 15 Mac 2010

Friday, November 20, 2009

Program Ramah Mesra

Program ini telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas pada 19 November 2009 bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Dato Mior Aris, Lubok Merbau.
PPUCKCG telah menghantar wakil iaitu Ketua Pemuda Cawangan, P. Setiausaha PC dan P. K. Penerangan PC.

Program yang dimaksudkan adalah Program Ramah Mesra Pemuda didalam Parlimen Padang Rengas bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Perak.

Dalam program ini pemuda didedahkan dengan isu-isu semasa yang melibatkan kepincangan politik semasa di Malaysia umumnya dan di Perak khasnya. Satu persatu isu di perkatakan dan satu persatu ia dihuraikan.

Pemuda juga diberi keistimewaan untuk mempunyai hak untuk menyuarakan persoalan dan pendapat melalui sesi dialog. Berbagai persoalan dan cadangan yang timbul. Semuanya untuk kebaikan bersama.

Adalah menjadi harapan PPUCKCG agar program seumpama ini dapat di perkembangkan lagi agar suara, pendapat, keluhan, rintihan, cadangan, komen dari pemuda akar umbi dapat diketengahkan dan dibincangkan dan yang lebih utama lagi, pemuda dapat mengetahui isu-isu semasa secara telus dengan bukti-bukti dan fakta-fakta yang sahih agar pemuda Padang Rengas senantisa tahu apa yang berlaku dan dapat menangkis segala agenda yang tidak baik.

PPUCKCG ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan TAHNIAH kepada PPUBPR kerana menganjurkan program seperti ini. Kepada ahli-ahli PPUC yang hadir, SYABAS diucapkan. Teruskan perjuangan.

No comments:

Post a Comment