Jumlah Pelawat Sejak 15 Mac 2010

Monday, November 2, 2009

INFO Semasa PPUCKCG

Program Khas Ketua Penerangan

Cabaran Berakit Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas
Biro Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas telah menganjurkan program khas untuk Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cawangan dan aktiviti berakit. Program / kursus diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 7 dan 8 November 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kg Ceghar Galah.



Sesi Gotong royong












Program telah dijalankan bermula jam 5.00 petang dengan aktiviti gotong royong membersihkan tanah perkuburan islam Kampung Ceghar Galah. Semua peserta dan urusetia begitu bersemangat bagi menyumbangkan tenaga untuk aktiviti tersebut.Semoga semangat gotong royong ini akan dikekalkan.





Sesi Solat Berjamaah

Program diteruskan dengan solat maghrib berjamaah dan dikuti dengan tazkirah selepas solat maghrib. Para peserta dan urusetia sedang khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Sdr. Faizal. Tazkirah yang disampaikan bertajuk Peranan / Tanggungjawab Anak (Pemuda) Terhadap Ibu Bapa. Adalah menjadi harapan agar tazkirah yang disampaikan begitu sempurna tidak disia-siakan.











Sesi Ceramah











Selepas menunaikan solat Isyak bejama'ah dan makan malam, a
ktiviti diteruskan dengan ceramah. Penceramah jemputan yang didatangkan khas dari Institut Perguruan Tengku Bainun begitu bersemangat menyampaikan ceramah yang bertajuk "UMNO Perlu Kekal Berkuasa".
Satu persatu isu diperkatakan dan satu persatu bukti di kemukakan. Dalam ceramah tersebut, pemuda diingatkan supaya lebih bersemangat untuk mempastikan UMNO kekal berkuasa dan memerintah agar nasib generasi hari ini dan akan datang akan kekal terbela.


Sesi Pengenalan Cabaran Berakit.












Selesai sahaja sesi ceramah, peserta disajikan dengan aktiviti yang seterusnya iaitu persediaan menghadapi cabaran berakit.
Ujian pendengaran dan penglihatan didedahkan kepada para peserta. Senaman juga telah dilakukan untuk mempastikan peserta tidak mengantuk dan lebih bersemangat.


Sesi Dialog

Barisan kepimpinan PPUBPR bersedia untuk menjawab setiap soalan, komen, cadangan dan teguran dari peserta program. Kebanyakan peserta program kurang bersuara berkemungkinan malu untuk bersuara dan segan untuk berbicara.















Sesi Barbeque


Setelah selesai sesi sembang bersama barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas
peserta program dihidangkan dengan ayam bakar.Peserta dan urusetia berebut untuk mengambil makanan.



Sesi Berakit


Sesi berakit adalah sesi kemuncak setelah kehadiran Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas kepimpinan UMNO Bahagian yang lain yang datang bersama-sama untuk merasmikan dan memeriahkan lagi program dan yang paling utama adalah memberi dan membakar semangat pemuda untuk menyahut cabaran berakit di Sungai Perak.
Tidak kira pemimpin, tidak kira pengikut,walaupun basah, walaupun bahaya, walaupun panas, walaupun lapar dan dahaga, Sungai Perak tetap ditawan. Cabaran berakit adalah asas, Itulah sebenarnya semangat yang diperlukan untuk mempastikan Melayu berkuasa. " Hidup Melayu, Hidup UMNO". Walaupun basah, walaupun bahaya, walaupun panas, walaupun lapar dan dahaga, Padang Rengas tetap ditawan.

*Gambar acara kemuncak akan disiarkan kemudian"


Sesi Penutup

Ketua Pemuda bersalaman setelah selesai menyampaikan hadiah kepada peserta program.












No comments:

Post a Comment