Jumlah Pelawat Sejak 15 Mac 2010

Wednesday, March 17, 2010

Program Penerangan

17 Mac 2010. Kampung Changkat Gohor.
Program penerangan isu-isu yang melanda negeri perak selepas PRU 12 dan
persediaan untuk mengahadpi pilihanraya akan datang.

Seramai 40 orang ahli UMNO cawangan kampung ini berkumpul di dewan orang ramai untuk mendengar isu-isu terkini dari penceramah yang tidak asing iaitu Ketua Penerangan UMNO Bahagian Padang Rengas.

Program telah dimulakan selepas solat Isyak dan berakhir jam 11.00 malam. Antara isu-isu pokok yang disampaikan oleh penceramah adalah mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam(akan ditentukan oleh mahkamah), sikap beberapa pemimpin yang cuba memecahbelahkan orang Melayu, sikap beberapa pemimpin yang cuba mengelirukan orang Melayu, sikap beberapa pemimpin yang suka menggadaikan maruah orang Melayu untuk kepentingan politik mereka.


Walau bagaimanapun, pemimpin seperti ini telah pun wujud dan telahpun berlaku. Tindakan yang perlu diambil adalah muhasabah diri, menilai sesuatu dengan teliti berdasarkan fakta dan bukan auta.Marilah kita bersatu wahai orang Melayu, kita berganding bahu dalam semua aspek, tidak berpecah antara satu sama lain, selalu berbincang untuk menyelesaikan masalah, supaya agama Islam dipandang mulia, supaya bangsa Melayu tinggi darjatnya, supaya tanah air Malaysia akan aman dan berjaya.

Wahai orang Melayu, apa yang berlaku telahpun berlaku, mulai saat ini sampaikanlah berita gembira kepada rakan-rakan yang lain. Berpesan lah dengan kebenaran. Berpesanlah dengan kesabaran bahawa mode aman negara kita tidak akan kekal sekiranya kuasa pemerintahan Melayu hilang begitu sahaja disebabkan oleh orang Melayu itu sendiri yang leka, alpa dengan keasyikan dunia extrem masing-masing, mudah terpengaruh dan individualistik.

Wahai orang Melayu, bersiap sedialah untuk mengahadapi pilihanraya akan datang dari sekarang. Lupakanlah sengketa lama, hidupkanlah kembali hubungan silaturahim yang telah terputus, sebarkanlah khabar gembira. Janganlah bergaduh sesama sendiri, kelak kita yang rugi. Berdoalah kepada Allah semoga pemimpin yang dilantik dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kepada pemimpin yang dilantik, pikullah tanggungjawab dan amanah dengan penuh keadilan yang membawa kesejahteraan kepada semua rakyat didunia maupun akhirat.

Friday, March 12, 2010

Program Gotong Royong Usung Rumah

12 Mac 2010 Kampung Changkat Gohor:

Program Gotong Royong Mengusung Rumah Bersama Dato Seri Mohamed Nazri Aziz,Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen / Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.
Yang Berhormat bersama penduduk bersama-sama mengusung rumah milik rakan pemuda UMNO cawangan Kg Changkat Gohor, Sdr Md Ruzanil B Md Karim. Dianggarkan seramai 200 orang yang hadir iaitu dari Kg. Changkat Gohor sendiri, Kg. Setor, Kg Lembah, Kg. Padang Asam, Kg. Lalang, Kg. Lembah, Kg. Gerdang, Kg. Sauk, Kg Cheh, Kg. Chegar Galah dan kampung-kampung lain yang tak sempat nak disenarikan. Setelah selesai menunaikan solat jumaat, para jemputan hadir diluarjangkaan. Dijangkakan hanya yang hadir adalah seramai 40 orang sahaja. Ini menunjukkan bahawa tradisi ini masih wujud dan perlu dikekalkan. Menerusi program seperti ini secara tidak langsung dapat menyatukan penduduk walaupun dari fahaman yang berbeza. Tidak kira tua, muda, berpangkat atau sebaliknya bersama-sama untuk mencapai satu matlamat.

Ketibaan Yang Berhormat Ketua UMNO tiba diperkarangan tapak gotong royong dijalankan bersama Jawatan kuasa UMNO Bahagian Padang Rengas dan Jawatankuasa Pemuda UMNO Padang Rengas.
Yang Berhormat berkaca mata hitam sedang memerhatikan penduduk yang sedang bersungguh-sungguh untuk mengusung rumah.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas, Sdr. Ismail (berT-shirt hitam) sedang mencari ruang untuk mengambil peluang untuk mengusung rumah.




Semua yang mengambil peluang mengusung rumah sedang mengangkat rumah.


Terima kasih kepada Ketua UMNO cawangan Kg Changkat Gohor dan beberapa ahli jawatankuasa pemuda bahagian. Walaupun tidak berkesempatan untuk bersama-sama mengangkat, namun kehadiran meraka sudah cukup bermakna untuk memberi semangat terhadap program ini.

Hidangan ala kampung yang dihidangkan menambahkan lagi aura gotong royong mengusung rumah.

Semangat pemimpin yang berjiwa rakyat. " Berdiri sama tinggi duduk sama rendah".


Kepada semua yang hadir, jutaan terima kasih diucapkan. Kepada yang datang dari jauh saya/kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana bersusah payah untuk menghadirkan diri untuk bersama-sama menjayakan program ini. Akhir kata semua yang hadir walaupun tidak bekesempatan untuk bersama mengusung rumah, jasa anda semua saya/kami kenang dan akan menjadi sebahagian dari sejarah kampung ini.

Terima Kasih Semua.
....HIDUP MELAYU....

Wednesday, March 10, 2010

Apa yang kami fikirkan sekarang.

tak mahu ini berlaku !

tapi mahu ini kekal !


kami disini

siap sedia berjuang demi agama Islam,
bangsa Melayu dan negara Malaysia.