Jumlah Pelawat Sejak 15 Mac 2010

Friday, March 12, 2010

Program Gotong Royong Usung Rumah

12 Mac 2010 Kampung Changkat Gohor:

Program Gotong Royong Mengusung Rumah Bersama Dato Seri Mohamed Nazri Aziz,Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen / Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.
Yang Berhormat bersama penduduk bersama-sama mengusung rumah milik rakan pemuda UMNO cawangan Kg Changkat Gohor, Sdr Md Ruzanil B Md Karim. Dianggarkan seramai 200 orang yang hadir iaitu dari Kg. Changkat Gohor sendiri, Kg. Setor, Kg Lembah, Kg. Padang Asam, Kg. Lalang, Kg. Lembah, Kg. Gerdang, Kg. Sauk, Kg Cheh, Kg. Chegar Galah dan kampung-kampung lain yang tak sempat nak disenarikan. Setelah selesai menunaikan solat jumaat, para jemputan hadir diluarjangkaan. Dijangkakan hanya yang hadir adalah seramai 40 orang sahaja. Ini menunjukkan bahawa tradisi ini masih wujud dan perlu dikekalkan. Menerusi program seperti ini secara tidak langsung dapat menyatukan penduduk walaupun dari fahaman yang berbeza. Tidak kira tua, muda, berpangkat atau sebaliknya bersama-sama untuk mencapai satu matlamat.

Ketibaan Yang Berhormat Ketua UMNO tiba diperkarangan tapak gotong royong dijalankan bersama Jawatan kuasa UMNO Bahagian Padang Rengas dan Jawatankuasa Pemuda UMNO Padang Rengas.
Yang Berhormat berkaca mata hitam sedang memerhatikan penduduk yang sedang bersungguh-sungguh untuk mengusung rumah.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas, Sdr. Ismail (berT-shirt hitam) sedang mencari ruang untuk mengambil peluang untuk mengusung rumah.




Semua yang mengambil peluang mengusung rumah sedang mengangkat rumah.


Terima kasih kepada Ketua UMNO cawangan Kg Changkat Gohor dan beberapa ahli jawatankuasa pemuda bahagian. Walaupun tidak berkesempatan untuk bersama-sama mengangkat, namun kehadiran meraka sudah cukup bermakna untuk memberi semangat terhadap program ini.

Hidangan ala kampung yang dihidangkan menambahkan lagi aura gotong royong mengusung rumah.

Semangat pemimpin yang berjiwa rakyat. " Berdiri sama tinggi duduk sama rendah".


Kepada semua yang hadir, jutaan terima kasih diucapkan. Kepada yang datang dari jauh saya/kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana bersusah payah untuk menghadirkan diri untuk bersama-sama menjayakan program ini. Akhir kata semua yang hadir walaupun tidak bekesempatan untuk bersama mengusung rumah, jasa anda semua saya/kami kenang dan akan menjadi sebahagian dari sejarah kampung ini.

Terima Kasih Semua.
....HIDUP MELAYU....

No comments:

Post a Comment