Jumlah Pelawat Sejak 15 Mac 2010

Thursday, December 10, 2009

Pertandingan Badminton Piala YB Dato' Siti Salmah binti Mat Jusak 2009


Program : Pertandingan Badminton Piala YB Dato' Siti Salmah Binti Mat Jusak 2009
Anjuran : Pergerakan Pemuda UMNO Padang Rengas
Kategori : Terbuka ( Perseorangan dan Bergu )
Tarikh : 19 & 20 Disember 2009
Tempat : Dewan Semarak SMK Tun Perak Padang Rengas

Pendaftaran : Sila dapatkan borang dan syarat-syarat penyertaan dari Sdr Muhammad Fitry Md Isa (013-5996818) dan Sdr. Fakhrul Zaki Zainun (017-3686159)

Tarikh tutup penyertaan : 17 Disember 2009 ( 5.00 petang)


CABUTAN BERTUAH UNTUK PESERTA DAN URUSETIA

Friday, November 20, 2009

Program Ramah Mesra

Program ini telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas pada 19 November 2009 bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Dato Mior Aris, Lubok Merbau.
PPUCKCG telah menghantar wakil iaitu Ketua Pemuda Cawangan, P. Setiausaha PC dan P. K. Penerangan PC.

Program yang dimaksudkan adalah Program Ramah Mesra Pemuda didalam Parlimen Padang Rengas bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Perak.

Dalam program ini pemuda didedahkan dengan isu-isu semasa yang melibatkan kepincangan politik semasa di Malaysia umumnya dan di Perak khasnya. Satu persatu isu di perkatakan dan satu persatu ia dihuraikan.

Pemuda juga diberi keistimewaan untuk mempunyai hak untuk menyuarakan persoalan dan pendapat melalui sesi dialog. Berbagai persoalan dan cadangan yang timbul. Semuanya untuk kebaikan bersama.

Adalah menjadi harapan PPUCKCG agar program seumpama ini dapat di perkembangkan lagi agar suara, pendapat, keluhan, rintihan, cadangan, komen dari pemuda akar umbi dapat diketengahkan dan dibincangkan dan yang lebih utama lagi, pemuda dapat mengetahui isu-isu semasa secara telus dengan bukti-bukti dan fakta-fakta yang sahih agar pemuda Padang Rengas senantisa tahu apa yang berlaku dan dapat menangkis segala agenda yang tidak baik.

PPUCKCG ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan TAHNIAH kepada PPUBPR kerana menganjurkan program seperti ini. Kepada ahli-ahli PPUC yang hadir, SYABAS diucapkan. Teruskan perjuangan.

Tuesday, November 17, 2009

Maklumat Semasa Buat warga PPUCKCG dan Semua Rakan Pemuda Parlimen Padang Rengas.











Gambar sekadar hiasan


Salam kepada semua ahli PPUCKCG dan Salam 1 Malaysia


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas akan menganjurkan PROGRAM KHATAN PERDANA yang disasarkan kepada anak pemuda-pemuda dalam Parlimen Padang Rengas.
Tarikh dan tempat program dijalankan adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 Disember 2009
Tempat : Perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Padang Rengas.

Mohon kepada sesiapa yang melawati blog ini menghebahkan kepada rakan pemuda yang lain. Maklumat lanjut sila berhubung terus dengan pihak pengurusan PPUBPR di http://pemudaumnopadangrengas.blogspot.com/.

Sunday, November 8, 2009

INFO Semasa PPUCKCG

Pertandingan Futsal Piala Dato' Seri Muhamed Nadzri b Tan Sri Abdul Aziz 2009

Biro Belia, Sukan, Ict dan Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas akan menganjurkan pertandingan futsal seperti butiran berikut:



Tarikh : 13,14,15, 20 November 2009 -peringkat kumpulan

21 November 2009 - peringkat suku akhir & akhir

Tempat : Gelanggang Sukan Pelbagai Guna Kg Beluru.

Tuesday, November 3, 2009

Monday, November 2, 2009

INFO Semasa PPUCKCG

Program Khas Ketua Penerangan

Cabaran Berakit Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas
Biro Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas telah menganjurkan program khas untuk Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cawangan dan aktiviti berakit. Program / kursus diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 7 dan 8 November 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kg Ceghar Galah.



Sesi Gotong royong












Program telah dijalankan bermula jam 5.00 petang dengan aktiviti gotong royong membersihkan tanah perkuburan islam Kampung Ceghar Galah. Semua peserta dan urusetia begitu bersemangat bagi menyumbangkan tenaga untuk aktiviti tersebut.Semoga semangat gotong royong ini akan dikekalkan.





Sesi Solat Berjamaah

Program diteruskan dengan solat maghrib berjamaah dan dikuti dengan tazkirah selepas solat maghrib. Para peserta dan urusetia sedang khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Sdr. Faizal. Tazkirah yang disampaikan bertajuk Peranan / Tanggungjawab Anak (Pemuda) Terhadap Ibu Bapa. Adalah menjadi harapan agar tazkirah yang disampaikan begitu sempurna tidak disia-siakan.











Sesi Ceramah











Selepas menunaikan solat Isyak bejama'ah dan makan malam, a
ktiviti diteruskan dengan ceramah. Penceramah jemputan yang didatangkan khas dari Institut Perguruan Tengku Bainun begitu bersemangat menyampaikan ceramah yang bertajuk "UMNO Perlu Kekal Berkuasa".
Satu persatu isu diperkatakan dan satu persatu bukti di kemukakan. Dalam ceramah tersebut, pemuda diingatkan supaya lebih bersemangat untuk mempastikan UMNO kekal berkuasa dan memerintah agar nasib generasi hari ini dan akan datang akan kekal terbela.


Sesi Pengenalan Cabaran Berakit.












Selesai sahaja sesi ceramah, peserta disajikan dengan aktiviti yang seterusnya iaitu persediaan menghadapi cabaran berakit.
Ujian pendengaran dan penglihatan didedahkan kepada para peserta. Senaman juga telah dilakukan untuk mempastikan peserta tidak mengantuk dan lebih bersemangat.


Sesi Dialog

Barisan kepimpinan PPUBPR bersedia untuk menjawab setiap soalan, komen, cadangan dan teguran dari peserta program. Kebanyakan peserta program kurang bersuara berkemungkinan malu untuk bersuara dan segan untuk berbicara.















Sesi Barbeque


Setelah selesai sesi sembang bersama barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas
peserta program dihidangkan dengan ayam bakar.Peserta dan urusetia berebut untuk mengambil makanan.



Sesi Berakit


Sesi berakit adalah sesi kemuncak setelah kehadiran Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas kepimpinan UMNO Bahagian yang lain yang datang bersama-sama untuk merasmikan dan memeriahkan lagi program dan yang paling utama adalah memberi dan membakar semangat pemuda untuk menyahut cabaran berakit di Sungai Perak.
Tidak kira pemimpin, tidak kira pengikut,walaupun basah, walaupun bahaya, walaupun panas, walaupun lapar dan dahaga, Sungai Perak tetap ditawan. Cabaran berakit adalah asas, Itulah sebenarnya semangat yang diperlukan untuk mempastikan Melayu berkuasa. " Hidup Melayu, Hidup UMNO". Walaupun basah, walaupun bahaya, walaupun panas, walaupun lapar dan dahaga, Padang Rengas tetap ditawan.

*Gambar acara kemuncak akan disiarkan kemudian"


Sesi Penutup

Ketua Pemuda bersalaman setelah selesai menyampaikan hadiah kepada peserta program.












Aktiviti PPUCKCG Yang Akan Datang


Pertandingan Badminton Beregu Lelaki Tertutup Kampung Changkat Gohor 2009. Penyertaan untuk ahli PPUCKCG sahaja.

Tarikh : 25 Disember 2009